Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Sollehuddin Dilantik Timbalan Ketua...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk...

Yahoo Tamatkan Perkhidmatan 20...

NEW YORK: Yahoo mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan lebih 20 peratus kakitangan menjelang...

Tiada Lagi Tiket Percuma...

BAYAR!... Buat julung kali, pihak produksi Anugerah Juara Lagu (AJL) jual tiket masuk...

PAN Khadam DAP! –...

KUALA KANGSAR - PAS mengingatkan semua penyokongnnya bahawa Parti Amanah Negara (PAN) merupakan...

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Lepas Semua Jawatan UMNO

JOHOR BAHRU – Naib Ketua Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat hari ini mengumumkan melepaskan kesemua jawatannya dalam parti itu bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan perluasan operasi syarikatnya berkuat kuasa 11 Julai ini.

Dalam kenyataan di sini, Khairul berkata beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang dan Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia.

“Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan,” kata Khairul, menerusi syarikatnya, Khairul Group, di sini.

Khairul, yang juga Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) itu berkata langkah terbaru itu diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori