PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan telah berikrar sebagai penderma organ.
Difahamkan, ikrar tersebut dilakukan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA XIV) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, ikrar itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sr Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Tan Sri Farida Mohd Ali.
“Ikrar ini memberi sinar harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan organ di negara ini. Ikrar derma organ bererti seseorang melahirkan hasrat untuk menderma organ selepas meninggal dunia.
“Sebelum ini, beberapa menteri kabinet lain sudah berikrar sebagai penderma termasuk Datuk Seri Dr S Subramaniam, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin,” ujarnya.
Dalam pada sama, Kementerian Kesihatan turut menghargai sumbangan dan sokongan pemimpin tanahair terhadap kempen derma organ yang dijalankan ini. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=qG8HcwP-1Pc
Oleh: CARRIE
Sumber: Harian Metro