Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Peniaga Pekasam Mengaku Tidak...

SEPANG - Seorang peniaga ikan pekasam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

RM1 Juta Untuk Pendidikan...

GENTING HIGHLANDS - Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang...

Mahkamah Persekutuan Enggan Putus...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 5-2 hari ini enggan menjawab soalan...

Lembah Klang Dijangka Ribut,...

PETALING JAYA – Pengundi digalakkan keluar waktu pagi ketika Pilihan Raya Umum ke-15...

Nelayan Kuala Terengganu Bertekad Bantu BN

KUALA TERENGGANU – Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) bertekad untuk membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali Parlimen Kuala Terengganu serta empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dari tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Hassan Ismail berkata lebih 1,000 anggota persatuan itu dan ramai anggota keluarga mereka yang tinggal sekitar Kuala Terengganu antaranya di Seberang Takir, Chendering, Pulau Ketam, Duyong dan Kampung Tanjung akan terus menyokong serta mengundi BN.

Beliau berkata ini kerana banyak bantuan dan kemudahan yang telah diberikan kepada nelayan dan persatuan itu melalui Kementrerian Pertanian dan Industri Asas Tani terutama sejak empat tahun kebelakangan ini.

“Sejak 2011 masing-masing diberi imbuhan setiap bulan sebanyak RM300, yang menjadi tambahan kepada sumber pendapatan kami dan keluarga.

“Persatuan juga telah diberi peruntukan yang banyak bagi membina kilang air batu dalam usaha mengukuhkan koperasi. Kerajaan juga menyediakan peruntukan yang agak banyak untuk membaik pulih pusat pendaratan ikan di Pulau Kambing,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.


Hassan berkata kini sudah sampai masanya nelayan membantu kerajaan untuk mengekalkan pemerintahan yang sedia ada demi keharmonian dan kestabilan negara.

Pada pilihan raya umum lepas, Parlimen Kuala Terengganu dan keempat- empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Ladang, Bandar, Batu Buruk dan Wakaf Mempelam dimenangi oleh pembangkang. – BERNAMA

Kategori