Wednesday, December 25, 2024

Creating liberating content

Maksud Sebenar Nama Bandar...

SETIAP nama bandar memiliki maksud dan sejarah tersendiri termasuk nama-nama bandar popular di...

Bersih 5: Hishammudin Rais...

KUALA LUMPUR - Seorang lagi ahli jawatankuasa pertubuhan haram Bersih 2.0, Hishammuddin Rais...

Pemilihan Sengit Persatuan Anak...

MESKIPUN telah berusia 53 tahun, andai manusia telah pun bercucu, namun tahukah anda...

Bomba Bantu Bawa Warga...

IPOH - Seorang wanita berusia 68 tahun dengan berat badan 160 kilogram yang...

Pakatan Harapan Tidak Senang Kerjasama Islam – PAS

KUALA LUMPUR – Pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan sedang memutar belit dan membuat pelbagai tuduhan baharu ke atas pucuk pimpinan PAS gara-gara terlalu sakit hati.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, golongan tersebut sentiasa sakit hati terhadap pihak yang mahu menegakkan agama Islam di Malaysia.

“Tidak dapat dielakkan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) tidak senang dengan perkembangan ini. Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula.

“Memang dasar mereka yang sudah menutup mata telinga dan hati. Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah satu penyakit yang bahaya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, beliau menggesa seluruh penyokong PAS berdiri teguh dibelakang Abdul Hadi merangkap Presiden parti itu yang sedang membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif.

Muhammad Sanusi dipercayai membuat kenyataan itu berikutan serangan hebat yang sedang dilancarkan oleh pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAN dan PAN bagi menjatuhkan kredibiliti pemimpin PAS terutama Abdul Hadi menerusi media-media sosial.

Ia berikutan tindak-tanduk PAS sejak kebelakangan ini bersikap lebih terbuka dengan UMNO selepas menyedari tentang pendekatan politik bekas sekutunya, PKR, DAP dan PAN yang boleh menjejaskan kepentingan umat Islam negara ini.


Muhammad Sanusi dalam kenyataan sama turut menyentuh mengenai politik matang dan berani PAS waktu ini yang dipercayai menjurus kepada desas-desus PAS bakal menjalin kerjasama dengan UMNO bagi memperkuatkan ummah.

“Menyampaikan idea dan pandangan yang pasti tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini, satu pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran,” katanya.

Beliau turut memperingatkan tentang bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor Ustaz Fadhil Noor pernah sepentas dengan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin.

“Ia menjadi sejarah hebat Gerakan Islam Malaysia,” kata Muhammad Sanusi. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori