Thursday, December 12, 2024

Creating liberating content

Ugut Ada Bom Kerana...

ALOR SETAR - Insiden ugutan bom yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Abdul...

Nasib Tiago Sudah Diputuskan

NASIB jurulatih Pulau Pinang yang digantung Jacksen F Tiago, sudah diputuskan oleh Persatuan...

Peluru Tembus Tengkorak Gajah...

KOTA KINABALU - Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah pigmi yang ditemukan...

Impian Raja Ilya Berlakon...

IMPIAN pelakon Raja Ilya untuk bergandingan sama dengan heroin filem Hindustan popular, Kajol...

PAN Pelawa Bekas Pengarah JAIPk Jadi Calon

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak mahu bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Sheikh Mohd. Nor Mansor menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausahanya, Safarizal Saleh berkata, Sheikh Mohd. Nor yang juga Tokoh Maal Hijrah 2012 berkelayakan untuk menjadi calon PAN malah pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

“Pemuda PAN Perak meminta pimpinan utama PAN Perak menimbangkan beberapa orang bekas pegawai kerajaan diketengahkan sebagai calon PRU14.

“Antara yang dilihat berpotensi adalah bekas Sheikh Mohd. Nor yang boleh dicadangkan kerana kelayakan beliau yang juga pernah menjadi calon pilihan raya dahulu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Safarizal berkata, Pemuda PAN Perak sedia maklum tentang tahap kesihatan bekas Pengarah JAIPk itu, tetapi masih bersemangat dan beriltizam walaupun menggunakan kerusi roda.

Justeru, kata beliau, pihaknya memohon dipertimbangkan cadangan itu dan berharap tindakan susulan dapat diambil serta mengadakan perbincangan dengan beliau dan ahli keluarganya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori