Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Piala Sumbangsih: Kedah Menang...

KUALA LUMPUR - Kedah bernasib baik kerana memenangi Piala Sumbangsih 2017 berdasarkan penentuan...

Melancap Di Rumah Jiran,...

POLIS menahan seorang pelajar kolej berhubung video menunjukkan lelaki telanjang sedang melancap di...

Ibu Hamil Tawar Khidmat...

CYBERJAYA - Melihat tambang perkhidmatan e-hailing mencecah RM50 bagi perjalanan dua hala Cyberjaya...

Air Pasang Merah: Penduduk...

LABUAN: Jabatan Perikanan Labuan menasihati penduduk di pulau bebas cukai ini supaya mengelak...

PAS Akan Teruskan Rancangan Hudud

KUALA LUMPUR – PAS akan tetap meneruskan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan walaupun ditentang hebat parti-parti pembangkang lain.

Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa, Izani Husin berkata, PAS yakin parti itu termasuk parti pembangkang lain tidak akan rugi jika rancangan berkenaan tetap diteruskan oleh PAS.

“PAS tetap meneruskan usaha Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) (EKJSII 2015) di Kelantan kerana berkeyakinan ia tidak memberi sebarang kerugian kepada PAS mahupun pakatan pembangkang kalaupun ia tidak berjaya.

“EKJSII 2015 tidak merugikan Non-Muslim kerana ia hanya terpakai untuk orang Islam sahaja, untuk Kelantan sahaja, untuk orang bersalah sahaja,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini memberi peringatan bahawa PAS akan kehilangan undi kaum bukan Melayu jika berdegil mahu meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan.

Izani berkata, PAS akan meneruskan rancangan melaksanakan hudud di Kelantan kerana kajian yang Pejabat Menteri Besar Kelantan mendapati 94 peratus rakyat Kelantan bersetuju dengan undang-undang itu.


Menurutnya, EKJSII 2015 turut mendapat sokongan sebulat suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan semasa ia dibentangkan dalam sidang DUN.

Katanya, rancangan melaksanakan undang-undang hudud punca Pakatan Rakyat berkubur kerana ditolak oleh mereka yang tiada asas dan hujah untuk menolak usaha itu.

“PAS mengambil segenap ruang dan peluang yang ada melalui sidang DUN, penerangan, sambutan hari hudud, rundingan demi hukum Islam ini,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]W39NMKHS880[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hudud

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori