Pelantikan MB Pahang Ditangguh Sementara

PEKAN – Istiadat mengangkat sumpah menteri besar Pahang yang dijadualkan berlangsung hari ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada Istana Pahang mengenali muka baharu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu lepas.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah penangguhan itu juga dilakukan kerana baginda merasakan ‘ia perlu dilakukan’ dan tiada sebab lain.

“Saya perlukan masa dan tiada masalah untuk menubuhkan kerajaan… Saya hanya perlukan sedikit masa untuk mengenali semua anggota kerajaan,” titahnya kepada pemberita di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Tengku Abdullah ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kepada 189 penerima.

Semalam, sumber memaklumkan pelantikan menteri besar Pahang dijadualkan berlangsung hari ini sebelum istiadat pengurniaan, namun pihak media kemudiannya difahamkan majlis itu ditangguhkan sementara dan akan dilangsungkan sebelum 1 Ramadan nanti.

Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan istiadat mengangkat sumpah jawatan menteri besar akan dilakukan serentak dengan pelantikan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai perjumpaannya dengan bakal ADUN baharu yang dilakukan secara berasingan mengikut parti di Istana Abdul Aziz di Kuantan semalam, Tengku Abdullah bertitah ia perkara biasa.

“Tiada apa… saya jemput datang dan saya sentiasa suka berjumpa, bertanya khabar (mereka) dari kawasan mana,” titah baginda.

Sebelum ini, Tengku Abdullah difahamkan telah berkenan menerima menghadap bakal ADUN Pahang di istana baginda yang dimulakan dengan wakil daripada PAS, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...