Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pembantu Rumah Larikan Wang...

PUTRAJAYA - Seorang pembantu rumah dipercayai melarikan wang majikannya berjumlah RM31,000 dalam kejadian...

Zahid Pengerusikan Mesyuarat Sekolah...

SIBU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat...

4 Negeri Diramal Alami...

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi...

Pembaharuan Kontrak Anjur F1...

KUALA LUMPUR - Pembaharuan kontrak penganjuran perlumbaanFormula Satu (F1) bagi tahun depan akan...

Pemilihan Pengerusi PAC Berdasarkan Undian

SHAH ALAM – Pertimbangan hanya nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukan muktamad kerana ia harus berdasarkan undian semua Anggota Parlimen.

Bekas anggota PAC, Tony Pua Kiam Wee berkata ini kerana ada kemungkinan mana-mana anggota Parlimen pembangkang lain yang berminat akan muncul untuk menjadi antara calon bagi mengisi jawatan tersebut.

“Saya tidak tahu siapa akan dilantik (menjadi pengerusi PAC) tapi memang ia harus datang daripada pihak pembangkang untuk beri semak dan imbang kepada kerajaan sekarang.

“Kalau mungkin ada (anggota Parlimen pembangkang lain) yang berminat, kita tunggu dan lihat sajalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM1 juta oleh lebih 200 syarikat perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang kepada Tabung Harapan Malaysia. di sini, malam ini.

Pua, yang juga Anggota Parlimen Damansara, berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menerima sesiapa sahaja dari pihak pembangkang untuk mengisi jawatan berkenaan.


Media hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mengesahkan hanya nama Ahmad Zahid sahaja yang dipertimbangkan untuk dipilih sebagai Pengerusi PAC.

Namun, katanya, buat masa ini keputusan itu adalah di tangan Ahmad Zahid sama ada mahu menerima jawatan tersebut atau tidak. – BERNAMA

Kategori