Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mohon Masuk Anak Azmin...

PETALING JAYA - Agensi pelancongan yang menyaman Mohamed Azmin Ali atas dakwaan gagal...

Cerita Sebenar Kes Amukan...

KECOH di laman sosial hari ini apabila insiden amuk di antara sekumpulan wanita...

Peguam Pemaju Upah 50...

BONGKAR... Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan, siasatan pihak polis dapati peguam syarikat pemaju...

Pengangkutan Kargo Kereta Api...

BANGKOK - Usaha untuk meningkatkan perdagangan dua hala Malaysia-Thailand dapat dicapai jika kedua-dua...

Permohonan PH Terhadap RoS Didengar 5 April

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 April untuk mendengar permohonan semakan kehakiman difailkan Pakatan Harapan bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menjawab permohonan mereka mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar.

Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Michelle Ng, mewakili Pakatan Harapan dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang bertindak bagi pihak RoS.

Michelle ketika ditemui pemberita berkata tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang bagi penggal ini.

“Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan afidavit masing-masing sebelum pendengaran permohonan tersebut pada 5 April,” katanya.

Pada 1 Mac lepas, mahkamah memberi kebenaran kepada Pakatan Harapan untuk memulakan semakan kehakiman berkenaan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 21 Februari lalu, Pakatan Harapan menamakan Setiausaha Jawatankuasa Penaja pakatan itu, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus; dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon manakala RoS selaku responden tunggal.


Kesemua pemohon menuntut deklarasi bahawa tindakan RoS yang tidak mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar dan membalas surat bertarikh 6 Februari 2018 adalah bercanggah dengan kewajipan statutori dan harapan sah mereka.

Mereka juga menuntut deklarasi tindakan itu tidak munasabah, mala fide, dan menuntut perintah mandamus bagi mendesak RoS mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 selain menuntut kos dan perintah lain yang sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Kategori