PRK Chempaka: Trend Keluar Mengundi 10% Setiap Satu Jam

KOTA BHARU – Trend keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka sejak pagi ini hingga tengah hari ini adalah sebanyak 10 peratus setiap satu jam, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga pukul 12 tengah hari, sebanyak 38.82 peratus atau 7,915 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka selepas sembilan pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi.

“Kalau trend ini berterusan hingga ke petang, mungkin peratusan keluar mengundi akan tinggi (dan mencapai sasaran 70 peratus).

“Bagaimanapun kita tunggu selepas 12 tengah hari ini. Jika trend (keluar mengundi) menurun, peratusan juga akan jatuh,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi pusat pengundian di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Abdul Ghani Salleh.

Abdul Aziz sebelum itu melawat pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa I dan Sekolah Kebangsaan Sri Chempaka.

Ditanya tentang pengumuman keputusan PRK, Abdul Aziz menjangkakan keputusan diumumkan pada pukul 9.30 malam.

“Ini bagi menghormati budaya penduduk di sini yang menunaikan solat (maghrib dan isyak) di masjid ataupun surau,” katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata beliau berpuas hati dengan sambutan dan proses perjalanan PRK DUN Chempaka yang berlangsung hari ini.

“Kebanyakan pengundi memilih untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan Sabak di sini.

Pengundian awal diadakan pada Rabu lepas bagi 1,497 anggota tentera dan pasangan mereka. Jumlah yang keluar mengundi hanya 35.40 peratus atau 530 orang dan tidak mencapai 70 peratus yang disasarkan SPR.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

Ia menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan [email protected], 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

– BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...