PRK Dun Chempaka: SPR Anggar 55 Peratus Keluar Mengundi

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hari ini.

Jurucakap SPR berkata peratusan berkenaan termasuk undi pos dan undi awal yang telah dijalankan pada Rabu lepas.

“Peratusan sebenar dan jumlah tepat pengundi akan diumumkan selepas proses penjumlahan undi selesai malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Jurucakap itu berkata pengiraan undi dibuat di pusat penjumlahan undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada pukul 9.30 malam.

PRK DUN Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan [email protected], 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55; dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.

– BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...