Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lupus Harta Curi, Penghantar...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan yang akan bertunang tidak lama lagi, dipenjara...

‘Jangan Rakam Gambar Pangkal...

Bangkok - Kerajaan tentera Thai semalam memberi amaran kepada wanita negara itu supaya...

Euro 2020 Bakal Ditangguhkan

LONDON - Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) akan mencadangkan supaya kejohanan Euro 2020...

Siti Nordiana Mohon Maaf...

PENYANYI dan pelakon Nana atau Siti Nordiana telah berangkat ke kota suci Makkah...

PRK Dun Chempaka: SPR Anggar 55 Peratus Keluar Mengundi

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hari ini.

Jurucakap SPR berkata peratusan berkenaan termasuk undi pos dan undi awal yang telah dijalankan pada Rabu lepas.

“Peratusan sebenar dan jumlah tepat pengundi akan diumumkan selepas proses penjumlahan undi selesai malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Jurucakap itu berkata pengiraan undi dibuat di pusat penjumlahan undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada pukul 9.30 malam.

PRK DUN Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.


PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55; dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori