PRK Dun Chempaka: Tiada Provokasi Dan Ketegangan

KOTA BHARU – Tiada sebarang provokasi dan insiden tegang berlaku ketika proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada sebelah pagi, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata pihaknya turut menempatkan skuad anti kesesakan di sembilan pusat mengundi bagi memastikan proses mengundi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar.

“Daripada lawatan (saya) ke beberapa pusat pengundian, didapati proses pengundian berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka.

Seramai 1,020 anggota dan pegawai polis ditempatkan di kesemua pusat pengundian.

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

PAS diwakili Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan [email protected], 42, manakala calon Bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55, dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

– BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...