PRK Sg Besar: 17 Laporan Polis Diterima Setakat Ini

SUNGAI BESAR – Tujuh belas laporan polis diterima sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Daripada jumlah tersebut, tujuh kes di bawah siasatan Timbalan Pendakwa Raya kerana melanggar peraturan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Lima daripada tujuh kes itu ialah dua kes ceramah dijalankan tanpa permit di Bagan Besar dan Sekinchan, dua kes adalah papan tanda berupa hasutan dan satu kes mempamerkan bendera parti yang tidak bertanding,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, dua daripada tujuh kes itu telah ditutup baru-baru ini atas nasihat daripada Timbalan Pendakwa Raya iaitu kes kecurian dompet, kecurian meja dan kerusi plastik petugas di sebuah bilik gerakan serta satu lagi kes bendera terbakar yang dilaporkan di Sungai Panjang.

Abdul Samah berkata pihaknya mengambil keterangan semua pihak termasuk anggota politik, petugas jentera serta orang ramai yang terlibat untuk membantu dalam siasatan kes-kes berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Samah turut memberi jaminan keselamatan para pengundi di Parlimen Sungai Besar pada hari mengundi Sabtu depan.

“Kami beri jaminan kepada pengundi bahawa keselamatan mereka akan terjamin, jadi tak perlu gusar untuk keluar mengundi.

“Malah, sepanjang tempoh berkempen PRK Sungai Besar ini berjalan dengan baik dan kami arahkan semua parti dapat meneruskan kempen dengan aman sehingga hari terakhir,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menegaskan pasukan penguat kuasa kempen akan menurunkan papan tanda dan poster yang didapati melanggar syarat yang ditetapkan oleh Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


Katanya hanya calon yang bertanding sahaja dibenarkan memaparkan poster masing-masing.

“Walaupun (dalam poster) itu dia ajak balik undi, sebenarnya tidak boleh. Nanti akan jadi macam-macam dan boleh menyebabkan pihak lain terasa hati,” katanya, mengulas isu sebuah papan tanda yang memaparkan parti DAP yang tidak bertanding pada PRK Parlimen Sungai Besar yang dipamerkan di Pekan Sekinchan.

Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata peti undi bagi pengundian awal ini disimpan di lokap balai polis Sekinchan dan akan dikira bersekali dengan kertas undi lain selepas 4 petang, pada 18 Jun depan.

Seramai 286 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab di kawasan Parlimen Sungai Panjang dan Sekinchan yang bermula tepat 8 pagi ini.

Proses pengundian awal itu berlangsung di dua saluran, iaitu Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPD Sabak Bernam seramai 265 pengundi (Sungai Besar) dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPD 1 Sabak Bernam seramai 21 pengundi (Sekinchan).

Dijangkakan pusat pengundi di Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPD Sabak Bernam akan ditutup pada 5 petang manakala Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPD 1 Sabak Bernam pada 2 petang. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...