Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa B40 Rayu...

PETALING JAYA – Ibu bapa dari golongan berpendapatan rendah (B40) merayu pihak kerajaan...

Alami Keguguran, Sharifah Sakinah...

PELAKON terkenal, Sharifah Sakinah yang mengalami keguguran baru-baru ini menganggap masih belum rezeki...

138 Kesalahan No. Pendaftaran...

JITRA - Sebanyak 257 saman dikeluarkan termasuk 138 atas kesalahan nombor pendataran tidak...

PAS Terkedu!! Orang Siam...

TUMPAT (Kelantan) - Di kawasan kuil Buddha Wat Machimmaram, lebih 1,000 orang penduduk...

PRU14: MIC Pantau Calon Disenarai Pendek

KULIM – MIC akan memantau calon yang sudah disenarai pendek oleh parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, pemantauan itu membabitkan penilaian prestasi calon selain melihat sama ada calon berkenaan boleh diterima oleh penduduk di satu-satu kawasan tersebut.

“Walaupun kita sudah kenal pasti calon, namun ia bukanlah satu jaminan kepada mereka (calon) kerana kita tidak teragak-agak untuk menukar calon yang sudah disenaraikan jika gagal menunjukkan prestasi terbaik.

“Jika mereka berjaya memenangi hati rakyat, ia adalah petanda positif MIC akan mampu meraih sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen nanti,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat anjuran MIC Kulim Bandar Baharu di sini malam tadi yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, turut mengulangi kenyataannya bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan mampu memenangi enam kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada PRU14 nanti.

Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan kepada gerak kerja secara teratur yang dibuat jentera MIC misalnya melalui aktiviti mendaftar pemilih baharu dan program turun padang bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Pada PRU13, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN yang ditandingi oleh parti kaum India itu. – BERNAMA

Kategori