Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Jerebu: 46 Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara setakat 9 pagi ini semakin...

Vellfire Nabil Ahmad Lesap...

DALAM kehangatan menjelang konsert pertama program Gegar Vaganza 4 (GV4), ada satu 'tragedi'...

Al-Fatihah.. Julie Dahlan Meninggal...

KUALA LUMPUR - Penerbit filem dan pelakon terkenal sekitar 70-an, Julie Dahlan meninggal...

Mat Over, David Teo...

SHAH ALAM - Kehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru...

“Saya Akan Tetap Profesional Lawan Mukhriz” – Othman

JERLUN – Kerusi Parlimen Jerlun yang disebut sebagai kerusi panas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal menyaksikan ‘pertemuan’ dua rakan baik dalam UMNO iaitu Datuk Othman Aziz (BN) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang bertanding atas tiket PKR selain Abd Ghani Ahmad yang mewakili PAS.

Walaupun berlaku pertembungan dengan Mukhriz, Othman berkata beliau tetap akan bersikap profesional sepanjang tempoh 11 hari berkempen dan akan cuba sedaya upaya mengelak sebarang insiden pergaduhan membabitkan beliau sendiri dan Mukhriz, yang ketika ini merupakan penyandang kerusi DUN Ayer Hitam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz berkata walaupun akan berdepan dengan sahabat-sahabat lama di Jerlun, beliau mahu agar suhu politik sepanjang berkempen berada dalam keadaan yang baik memandangkan beliau juga akan bertemu seorang lagi rakannya di DUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar.

Penamaan calon hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan kerusi Parlimen Jerlun, DUN Kota Siputeh dan DUN Ayer Hitam. – BERNAMA

Kategori