Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau berhubung kritikan terhadap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh kerana memakai tudung ketika melawat sebuah masjid baru-baru ini, lapor Malaysiakini.

Lim menasihati Boo agar mengutamakan isu rakyat seperti kenaikan harga barang keperluan yang melambung tinggi berbanding ‘taasub’ terhadap pakaian pemimpin wanita DAP ketika melawat masjid atau tempat ibadat”.

“Bagi seorang pemimpin lelaki DAP menjadikan pakaian dipakai ahli parlimen Segambut, Hannah Yeoh ketika mengunjungi masjid sebagai satu masalah tidak ada bezanya dengan pemimpin PAS yang ekstremis dan primitif yang mahu mengawal apa yang boleh atau tidak boleh dipakai oleh wanita.

“Ini bukan sahaja tidak sensitif jantina tetapi juga menunjukkan bahawa kita sama tidak bertoleransi dan regresif seperti pemimpin ekstremis PAS,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Lim yang juga ahli parlimen Bagan berkata, Yeoh tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya harus dipuji dan bukannya dikritik.

“Adakah memakai serban atau penutup kepala ketika melawat kuil Sikh menerima kritikan yang sama?

“Malangnya, kritikan yang tidak wajar oleh seorang pemimpin negeri telah memberi kesan buruk kepada seluruh parti.

“Menunjukkan rasa hormat kepada agama lain di tempat ibadat agama itu tidak boleh dianggap sebagai meninggalkan kepercayaan kita sendiri. Ia juga tidak boleh dilihat sebagai tindakan memenangi hati,” katanya.

Lim berkata perlu wujud sikap saling hormat menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat berbilang kaum untuk menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian.


“Marilah kita tumpu kepada tekanan kepada kerajaan untuk menyuntik RM3 bilion dalam Dana Penstabilan Harga Barang Nasional bagi membendung kenaikan harga telur, ayam, roti, sayur-sayuran, minyak masak dan juga kiub ais serta baja import, racun serangga dan bahan binaan serta buruh, yang telah menjejaskan kehidupan rakyat dengan mengurangkan kuasa beli kebanyakan isi rumah lebih daripada separuh,” katanya.

Terdahulu, Boo yang juga bekas pengerusi DAP Johor, mengkritik Yeoh dalam kumpulan WhatsApp pemimpin DAP kerana memakai tudung di masjid.

“Mungkin semua wakil wanita kita harus memakai tudung bukan sahaja di masjid tetapi di seluruh tempat seperti di pasar awam, gereja, sekolah dan sebagainya.

“Lebih bagus, semua orang perlu memeluk Islam. Kemudian kita akan pasti memenangi Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Apa kata anda semua?” sindirnya

Pemimpin lain, yang namanya dikaburkan, melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Boo dan menyatakan bahawa Gudwara Sikh serta beberapa gereja di Eropah juga meminta elawat memakai tudung.

Sumber parti itu mengesahkan kesahihan perbualan yang bocor itu tetapi Boo enggan mengesahkannya dengan mengatakan parti itu tidak membenarkan perbincangan dalaman didedahkan kepada umum.

Yeoh, yang beragama Kristian, berkata dia tidak kesal kerana bertudung di masjid.

“Memakai selendang (tudung) ketika mengunjungi masjid tidak mengubah bangsa saya dan kepercayaan saya.

“Kasihilah jiran anda seperti anda mengasihi diri sendiri. Perlakukan orang lain seperti yang anda mahu mereka perlakukan kepada anda. Amin,” kata Yeoh dalam catatannya di Twitter.

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...