Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Apa Benda kau Merapu...

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq memuat naik satu status di akaun Twitter miliknya yang memberitahu sudah 610,000 orang kehilangan perkerjaan di negara ini.

Rakyat China Berebut Beli...

SEKARANG ini telah menular satu trend di China, di mana kebanyakan rakyatnya sedang...

Belia Terengganu Terima Dana...

KUALA BERANG - Dana Transformasi Orang Muda (TOM) yang disediakan kerajaan negeri Terengganu...

Ongkili Saran Lebih Banyak...

KOTA MARUDU - Kerajaan disaran mewujudkan lebih banyak mini Pusat Transformasi Luar Bandar...

Tidak Bertanding DUN Chempaka Cuma Alasan – Suhaizan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memperlekehkan saranan murni Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed supaya Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat turut mengkritik pihak yang mendakwa cadangan bagi menghormati kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan UMNO mengamalkan politik budiman.

” Politik budiman UMNO tidak sama dengan politik budiman pemuda PAS. Teras politik budiman pemuda PAS ada tujuh perkara iaitu ilmu, adab ikhtilaf, berakhlak, syura, inklusif, jujur dan integriti. Politik budiman UMNO hanya untuk alasan tak bertanding di DUN Chempaka sahaja,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustapa sebelum ini mencadangkan BN tidak meletakkan calon di DUN Chempaka selepas penyandangnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia baru-baru ini.

PAS melalui Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berterima kasih dengan cadangan tersebut dan menganggap ia satu bentuk penghormatan terhadap Allahyarham.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori