Ugut Ismail Sabri : Pemuda UMNO Pulau Pinang Lapor Polis

Pergerakan Pemuda UMNO di Pulau Pinang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perda hari ini terhadap kes ugutan bunuh terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka membuat laporan itu bersama sembilan lagi badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin, menyifatkan ancaman bunuh itu merupakan tindakan yang tidak wajar, tidak bertamadun dan tidak mengenal erti kemanusiaan.

Antara NGO yang hadir ialah Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anak Muda Permatang Pauh dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang.

Semalam, Ismail Sabri menerima ancaman bunuh di ruangan komen di laman sosial Facebook berikutan kenyataannya mencadangkan agar pengguna Melayu memboikot peniaga Cina agar tekanan itu dapat menurunkan harga barang.

Daripada beberapa ugutan, ada individu yang memberi komen ingin mencincang beliau dan juga ada yang mengajak supaya beliau dibunuh.

MENARIK – Disalah Faham Sebagai Rasis, Ismail Sabri Diancam Bunuh

Dalam laporan polis berkenaan, mereka berpendapat ancaman itu sangat serius dan boleh memberi kesan negatif kepada keharmonian perhubungan kaum di Malaysia.

“Laporan ini bertujuan untuk membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menjalankan siasatan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya menunjukkan kenyataan berkaitan laporan itu.

Mereka bimbang jika perkara berkenaan tidak diambil tindakan segera, akan wujud kumpulan lain pula yang akan mengugut antara kaum.


050215UMNOPenang_1

“Tindakan dan hukuman keras perlu dilakukan dengan segera oleh pihak-pihak berkuasa agar keharmonian kaum di negara ini terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam reaksinya kepada ugutan bunuh yang diterima menyerahkan kes berkenaan kepada polis untuk diselesaikan.

– MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Ismail Sabri Berkenaan Kenyataan Beliau Di Facebook

 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...