Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Zila Mohon Maaf, Along...

JIKA sebelum ini, penyanyi Zila Seeron tampil membuat permohonan maaf terhadap bekas suaminya, Along...

CAP Gesa Kerajaan Lebih...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan bertegas mengharamkan terus rokok...

Padah Mahu Cantik, Muka...

ROMANIA – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak...

Surat Kebenaran Bekerja Dikeluarkan...

PUTRAJAYA - Surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan...

Penjawat Awam Perlu Bekerjasama Berteraskan Konsep NBOS

PUTRAJAYA – Penjawat awam perlu bekerjasama berteraskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa semangat cintakan negara sentiasa wujud dan terus didukung anggota perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata kerjasama dalam kalangan penjawat awam dengan penuh dedikasi juga amat dituntut untuk menjayakan agenda nasional demi menjayakan misi transformasi negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Kompleks C di sini hari ini yang disertai kira-kira 1,000 penjawat awam.

Mengenai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’, Mohamad Zabidi berkata ia sangat sesuai bagi mengingatkan rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran terhadap rasa sayang serta cintakan tanah air.

“Kejayaan negara pada hari ini adalah hasil usaha tanpa jerih perjuangan pada suatu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat,” katanya.


Pada majlis itu, Mohamad Zabidi turut melepaskan konvoi 17 kenderaan jabatan di sekitar Kompleks C yang juga merupakan duta sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2015.

Semua kenderaan berkenaan akan terus mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori