Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.

Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN...

SEMENYIH - Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti...

Lagi Murid Jatuh Siling,...

KENINGAU - Seorang murid lelaki Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Ansip, di sini,...

Letak OKU Dalam Kompartmen...

KUALA LUMPUR - Tindakan meletakkan orang kurang upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar...

Polis Berjaya Kurangkan Indeks...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengurangkan indeks jenayah kecurian kenderaan...

Terkini

Rayuan Titah Tambahan: Najib Menang

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa menteri dalam negeri...

Hakim Persoal Mengapa Tiada Pihak Cabar, Pertikai Kewujudan Titah Adendum

PUTRAJAYA: Hakim memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini beliau berasa terganggu kerana tidak ada langsung...

Anak Sulung Najib Sahkan Wujud Titah Adendum Daripada Istana Pahang – Peguam

Putrajaya: Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini,...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh Tangani Isu Keselamatan Kenderaan Berat – Anthony Loke

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan...

Kehadiran Najib Disambut Laungan ‘Hidup Bosku’

PUTRAJAYA: Lebih 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak dan penyokong PAS berkumpul di luar...

Tag: Sample Page Title

Sample post title 0

Sample post no 0 excerpt.

Sample post title 1

Sample post no 1 excerpt.

Sample post title 2

Sample post no 2 excerpt.

Sample post title 3

Sample post no 3 excerpt.

Sample post title 4

Sample post no 4 excerpt.

Sample post title 5

Sample post no 5 excerpt.

Sample post title 6

Sample post no 6 excerpt.

Sample post title 7

Sample post no 7 excerpt.

Sample post title 8

Sample post no 8 excerpt.

Sample post title 9

Sample post no 9 excerpt.

Sample post title 10

Sample post no 10 excerpt.

Sample post title 11

Sample post no 11 excerpt.

- A word from our sponsor -