1.6 Juta Kunjungi Jualan Sentuhan Rakyat

KUALA LUMPUR – Program Jualan Sentuhan Rakyat yang baru bermula kira-kira enam minggu lalu sebagai antara usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat telah menerima kunjungan 1.6 pengguna seluruh negara, menunjukkan ia diterima baik oleh rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata program itu merupakan satu daripada strategi kerajaan untuk menangani kegiatan orang tengah yang memanipulasi harga barangan keperluan asas.

“ Bila adanya Jualan Sentuhan Rakyat ini orang tengah terpaksa menurunkan harga, dan setakat ini program ini sudah dikunjungi 1.6 juta pengguna seluruh negara sehinggakan ada pihak-pihak seperti pembangkang juga mahu ikut program ini.

“ Ini menunjukkan sudah ada persaingan dan akhirnya menguntungkan rakyat seluruh negara,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim yang antara lain ingin mengetahui peranan kerajaan dalam memastikan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dapat mengawal kegiatan manipulasi dan monopoli harga pasaran barangan keperluan asas oleh pihak-pihak tertentu.

Sementara itu, Hamzah berkata mekanisme penentuan harga minyak petrol dan diesel secara mingguan pula menyebabkan restoran-restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati.

“ Kita telah dapat memastikan kaitan antara harga minyak yang turun naik dengan perubahan harga makanan di restoran tidak lagi menjadi isu yang besar,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

KUALA LUMPUR : Pameran Batu Permata dan Barang Kemas Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIGJE’ 22)...

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan...

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

GOMBAK - Seramai 9,356 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia sudah bersiap siaga menghadapi...

Subsidi Haji Untuk Yang Layak Saja

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) mencadangkan subsidi haji diperuntuk secara bersasar, bukan secara...

Shahidan Dijangka Umum Sekatan Penjualan Arak Pada Khamis

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka membuat pengumuman pada...

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua agensi atau syarikat...

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan...