10 Powerr SSP BSN Membuka Tirai 2015 Dengan Nafas Baru

SELANGOR – Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) kembali lagi dengan konsep SSP yang baru sempena tahun 2015.

Bertempat di Sri Pentas Bandar Utama, BSN pada hari ini telah memperkenalkan dan melancarkan Cabutan serta Hadiah SSP yang menanti para penyimpan bagi tahun 2015.

Hadir di majlis pelancaran SSP ini adalah Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah; Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat Encik Ahmad Latfan Mohd Amran; dan juga wakil-wakil daripada Auto Bavaria, Cycle and Carriage Berhad dan Perodua Sales Sdn Bhd yang turut hadir untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai pembekal-pembekal rasmi hadiah kereta SSP sepanjang tahun 2015 ini.

Pada majlis pelancaran ini, BSN memperkenalkan empat (4) cabutan SSP 2015 iaitu, Cabutan Istimewa, Bulanan, Tempatan dan yang terbaharu, Cabutan Mingguan.

BSN mengekalkan hadiah SSP RM1juta sebagai hadiah utama SSP bagi Cabutan Istimewa pada cabutan Disember 2015 nanti. Manakala, hadiah Cabutan Bulanan dikekalkan kepada hadiah berupa kereta mewah iaitu BMW dan Mercedes Benz yang akan dicabut satu(1) kali setiap bulan. Bagi Cabutan Tempatan, BSN menawarkan hadiah baru berupa kereta Perodua Axia. Kelainan bagi Cabutan Tempatan pada tahun ini, BSN akan memberikan 13 buah kereta pada setiap bulan iaitu sebuah kereta kepada pemenang daripada setiap negeri. Manakala bagi Cabutan Mingguan, BSN menawarkan hadiah wang berupa SSP dimana cabutan diadakan dua(2) kali seminggu iaitu pada setiap Isnin dan Rabu kecuali cuti umum. Tahun ini, BSN menawarkan lebih 88,000 hadiah dengan jumlah nilai keseluruhan melebihi RM18 juta.

Bercakap di sidang media, Encik Ahmad Latfan Mohd Amran, Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN berkata, ”BSN memperkenalkan cabutan baru pada tahun ini, iaitu Cabutan Mingguan. Kini, penyimpan berpeluang untuk menerima ganjaran bukan sahaja pada setiap bulan, malah kini pada setiap minggu. Pada tahun ini, BSN menawarkan lebih banyak hadiah wang berupa SSP berbanding pada tahun-tahun lepas yang menawarkan hadiah gajet dan lain-lain. Semoga pembaharuan ini dapat memupuk orang ramai untuk menyimpan wang bagi kepentingan dan kegunaan masa hadapan”.

Pembaharuan jenis cabutan dan hadiah pada tahun ini merupakan komitmen BSN untuk menggalakkan orang ramai menyimpan bersama SSP kerana hanya dengan SSP sahaja mereka boleh mendapat ganjaran yang berlipat ganda. Selain itu, inisiatif ini juga sejajar dengan misi BSN untuk menjadikan tabiat menyimpan sebagai satu cara hidup masyarakat pada masa kini.

Orang ramai boleh membuat simpanan SSP di mana-mana cawangan BSN, Mesin Teller Automatik (ATM) BSN, Mesin Deposit Tunai (CDM) BSN, Perbankan Internet (myBSN), Perbankan SMS dan melalui Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN di seluruh negara.

Para pelanggan juga boleh membuat simpanan SSP di Unit Bank Bergerak (UBB) BSN di lokasi-lokasi terpilih. Dengan simpanan minimum RM10 sahaja, pelanggan boleh menyertai cabutan dan memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Jutawan SSP 2014 Turut hadir di majlis ini adalah dua(2) orang pemenang Cabutan SSP Disember 2014 yang lalu iaitu Encik Wan Norhisham Bin Pa’wan, pemenang Cabutan Istimewa dan Encik Abdul Rahman Bin Tik, pemenang Cabutan Bulanan. Encik Wan Norhisham, 44 tahun yang berasal daripada Kuala Lumpur telah memenangi SSP RM1juta dan merupakan jutawan kedua yang lahir daripada SSP BSN.

Encik Wan Norhisham berkata, ”Usaha dan kesabaran saya selama 10 tahun menyimpan dengan SSP akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjadi pemenang SSP RM1juta yang menjadi rebutan orang ramai dalam Cabutan Istimewa SSP 2014.

Terima kasih kepada BSN. Saya berasa amat bersyukur dan masih lagi tidak percaya bahawa sayalah pemenang Cabutan Istimewa BSN”.

Turut menyuarakan kegembiraan dan keyukuran adalah Encik Abdul Rahman Bin Tik, 72 tahun yang berasal daripada Johor. Encik Abdul Rahman ialah pemenang Cabutan Bulanan SSP Disember 2014 yang telah memenangi Mercedes Benz C200.

“Menyimpan dalam SSP bukanlah bergantung kepada berapa besar jumlahnya tetapi komitmen untuk mengekalkan simpanan tersebut demi kepentingan masa hadapan yang sentiasa menjadi keutamaan bagi diri saya. Mungkin giliran anda pula untuk menjadi pemenang suatu hari nanti”, kata Encik Abdul Rahman.

SSP adalah produk simpanan patuh syariah yang menggunakan konsep Mudharabah iaitu perkongsian keuntungan. Sehingga hari ini, BSN mempunyai lebih 2.1juta penyimpan dan lebih RM2.7bilion simpanan SSP daripada penyimpan-penyimpan seluruh Malaysia.

10(TEN) POWERR SSP


Penampilan khas 10 Powerr SSP pada tahun ini merupakan pembaharuan SSP BSN buat semua di luar sana. Rasional 10 Powerr adalah kerana dengan hanya RM10, penyimpan berpeluang untuk mendapat lebih banyak ganjaran. 10 Powerr ini diperkenalkan untuk menggalakkan lagi orang ramai menyimpan. Melalui simpanan minimum RM10, penyimpan SSP BSN berpeluang memenangi hadiah hebat dan lumayan seperti SSP RM1juta, kereta mewah BMW dan Mercedes Benz, dan SSP pelbagai nilai, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Ibarat RM10 yang hari-hari kita gunakan, jumlah kecil yang diambil mudah ini sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengubah hidup anda dengan cara yang tidak dijangka. Bayangkan hanya dengan simpanan minima RM10, pelbagai ganjaran hebat yang boleh dinikmati. Inilah yang disampaikan oleh BSN melalui 10 Powerr,” tambah Ahmad Latfan.

BSN akan terus memastikan produk SSP bukan sahaja menawarkan hadiah yang menarik, malah akan sentiasa mempelbagaikan bentuk cabutan dari masa ke semasa.

Usaha BSN yang berterusan ini adalah untuk menggalakkan tabiat menyimpan di kalangan masyarakat. BSN akan terus bersemangat dan komited untuk menawarkan pelbagai produk yang inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti untuk menepati kehendak pelanggannya.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SSP, boleh melayari www.mybsn.com.my

Mengenai Bank Simpanan Nasional (BSN) Menjangkau 40 tahun berkhidmat, BSN bermodalkan mandat kerajaan untuk memperkasakan tabiat menyimpan di kalangan rakyat Malaysia, telah memperluaskan peranannya dengan menyediakan akses dan pelbagai saluran kemudahan perbankan kepada segenap lapisan komuniti di Malaysia.

Kini BSN mempunyai lebih 6,960 orang kakitangan, 401 cawangan, 884 mesin teller automatik (ATM), 360 mesin deposit tunai (CDM) di seluruh negara dan lebih 5,230 Ejen Bank Berdaftar (EBB) BSN di seluruh negara. BSN mempunyai lebih 8.8 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan simpanan runcit berjumlah RM 12.78 billion. (sehingga November 2014)

BSN merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan dan ditubuhkan pada 1 Disember, 1974. Semenjak penubuhannya, semua tugas dan tanggungjawab di
bawah Bank Simpanan Pejabat Pos telah diambil alih oleh BSN. Misi BSN ialah untuk menggalakkan tabungan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia sejajar untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.

BSN telah melaksanakan inisiatif utama melalui proses transformasi dan perubahan baru bagi memastikan ia terus berdaya saing. BSN akan terus mempertingkatkan
perkhidmatan serta memperkembangkan produk-produk perbankan untuk kemudahan pelanggan. Produk-produk teras BSN termasuklah Pinjaman Persendirian, Pinjaman Perumahan, Pembiayaan Mikro Kewangan, Sijil Simpanan Premium, Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan GIRO, Kad Debit BSNMatrix dan BSN Matrix-i dengan kemudahan MEPS, Kad Kredit VISA, Kad Debit VISA beserta payWave dan Mastercard.

BSN juga menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan yang merangkumi Perubatan, Takaful/Insurans dan Penulisan Wasiat. Untuk maklumat lanjut mengenai BSN, layari laman sesawang www.mybsn.com.my

SUMBER: Bank Simpanan Nasional

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Arida Ariffin
Naib Presiden
Bahagian Hal Ehwal Korporat
Tel: 03-2162 3222 sambungan 71042
Emel: [email protected] <mailto:[email protected]>
Faks: 03-2162 6623

Sharifah Sheikhun
Pen Naib Presiden
Bahagian Hal Ehwal Korporat
Tel: 03-2162 3222 sambungan 16001
Emel: [email protected] <mailto:[email protected]>
Faks: 03-2162 6623

– BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BSN

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gunung Semeru Di Indonesia Meletus

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20...

Tak Perlu Ajar Wanita Apa Perlu Dipakai Seperti ‘Pelampau’ PAS

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas ahli jawatankuasa DAP Johor, Boo Cheng Hau...

Rusia Kerah Lebih 90,000 Tentera Ke Sempadan Ukraine

Moscow dilaporkan telah mengerahkan lebih 90,000 anggota tentera ke kawasan sempadan dengan Ukraine dan...

Kes Baharu COVID-19 Catat Penurunan

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes, setakat...

Pelajar Jalani Pemeriksaan Ketat Sebelum Dikesan Positif Omicron

LARUT: Seorang pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh yang merekodkan kes pertama positif varian...

SSI Lancar Program Penajaan Anak Angkat Bantu Remaja B40

PUTRAJAYA: Sakeenah Soul International (SSI) melancarkan Program Penajaan Anak Angkat, hari ini, sebagai inisiatif...

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

PELAKON jelita Daiyan Trisha berkongsi berita duka apabila disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Daiyan...