Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Sayang Saya Terhadapnya Tak...

SEMALAM, bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah telah dijatuhkan...

2 Lelaki Mengaku Tidak...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan adik iparnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Jangan Kutuk Lawatan PM...

HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu...

PAN Sindir PAS Jangan...

KUALA LUMPUR - Jangan istiqamah kepada parti sebaliknya istiqamah kepada Islam, kata Penasihat...

121 Pelajar Baharu Daftar Di UiTM Dungun Sesi 2014/2015

DUNGUN – Seratus dua puluh satu pelajar baharu mendaftar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun di peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2014/2015 yang bermula Isnin lepas.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Dr Azemi Che Hamid berkata sebanyak empat kursus ditawarkan untuk pengambilan pelajar bagi sesi berkenaan.

Empat kursus berkenaan ialah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) Perkomputeran Perniagaan, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Perkomputeran, Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Hotel dan Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan, katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya hanya menawarkan tempat untuk 140 pelajar di sini dan bakinya dijangka dapat diisi pada pengambilan kedua 15 September ini.

“Sekarang ini pelajar pengambilan pertama sedang menjalani Minggu Destini Siswa (MDS) yang dijalankan selama enam hari hingga Sabtu ini yang mana ianya bertujuan untuk memberi maklumat mengenai akademik serta pengenalan kepada pelajar mengenai alam universiti yang akan mereka lalui,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UiTM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori