Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hishammuddin Dinasihat Temu Daim...

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah menasihatkan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri...

Korban Covid-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah kematian koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 170,000 pada hari...

Lelaki Cedera Bot Kargo...

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja bot kargo cedera apabila bot berisi muatan tong...

Kerajaan Tidak Wajar ‘Bail-Out’...

DALAM mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat...

15 Calon UPSR Keracunan Makanan‎

BENTONG – Seramai 15 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengikuti program model khas Sekolah Indera Shah Bandar (SISP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bentong mengalami keracunan makanan di sini pagi semalam.

Bagaimanapun setakat ini punca keracunan makanan berkenaan masih belum dapat disahkan memandangkan ada di antara murid yang dikatakan mula mengalami simptom sejak malam, kelmarin dan kesemua murid yang teribat terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Bentong selepas mengalami keracunan makanan.

Mereka yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lapan perempuan itu dikatakan mengalami simptom cirit birit dan muntah sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan serta semasa peperiksaan sedang dijalankan.

Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, Misnan Mohd. Damin berkata, kesemua murid berkenaan pada mulanya dibawa ke klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, buat masa sekarang, kesemua pelajar berkenaan berada dalam keadaan baik dan selesai mengambil peperiksaan kertas UPSR Sains pada kira-kira pukul 12 tengahari.

“Kesemua murid terlibat tiada masalah serius dan terdapat ibu bapa yang datang melihat keadaan anak-anak mereka.

“Murid-murid yang terlibat telah pun mengambil peperiksaan di wad dengan pemantauan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Sektor Penilai dan Peperiksaan negeri, Mohd. Razali Mustafa,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Tambahnya, pada masa ini siasatan masih dilakukan pihak terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian melibatkan murid-murid yang tinggal di asrama itu.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca dan penyebab sebenar kejadian keracunan makanan tersebut termasuk menjalankan ujian ke atas sampel klinial, persekitaran, makanan dan air

“Pada masa ini siasatan masih dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan semua pelajar terbabit berada dalam keadaan stabil dan tidak serius,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori