Friday, December 13, 2024

Creating liberating content

Pemandu Treler Jubin Maut,...

AYER KEROH - Seorang pemandu treler maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan...

Justin Bieber Dan Selena...

MUNGKIN ia bukan satu yang idea yang baik untuk masih mengikuti perkembangan bekas...

PERKASA Buat Laporan Polis...

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membuat laporan polis berhubung...

Faedah Skim Perkeso Mangsa...

KUALA LUMPUR - Waris 15 anak kapal dan dua penumpang nahas pesawat Malaysia...

15,000 Hektar Sawah Terjejas Akibat Padi Angin

ARAU – Kira-kira 15,000 hektar sawah di Perlis dan Kedah yang berada dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terjejas akibat penyakit padi angin.

Ketua Cawangan Komunikasi Korporat MADA, Hafizi Zakaria berkata masalah dihadapi 7,000 petani itu berlaku ekoran taburan hujan yang meningkat kebelakangan ini dan penggunaan benih padi kurang bermutu.

“Kalau kita lihat pada statistik pada Ogos hingga November 2016, taburan hujan 936 milimeter (mm) dicatatkan, namun bagi bulan sama pada 2017 sebanyak 1,507 mm,” katanya kepada pemberita di Kampung Belat, Guar Sanji dekat sini hari ini.

Beliau berkata penyakit padi angin juga berpunca daripada penggunaan benih padi kurang bermutu dipercayai diperoleh daripada pengeluar benih padi tidak berdaftar.

Sehubungan itu, Hafizi berkata MADA akan melakukan kajian terperinci serta memikirkan alternatif lain dalam membantu mengurangkan masalah penyakit itu pada masa hadapan.


Selain itu, beliau berkata MADA juga akan turun padang dan memberi bimbingan kepada petani di kedua-dua negeri berkenaan dalam melaksanakan kaedah berkesan bagi mengelak masalah itu berulang. – BERNAMA

Kategori