Sunday, December 1, 2024

Creating liberating content

Kajian Dapati Saiz Zakar...

LONDON - Ketika Britain bersiap sedia menganjurkan buat julung kali Fiesta Zakar Kecil Antarabangsa...

Aidilfitri: Puspakom Tawar Pemeriksaan...

KUALA LUMPUR - Puspakom Sdn. Bhd., (Puspakom) akan menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela...

Piala Dunia: Kehadiran Salah...

MOHAMED Salah dijangka memberikan saingan sengit pada tuan rumah bagi perlawanan Rusia menentang...

Sabah Sedia Beri Tanah...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri Sabah sentiasa bersedia memberi tanah bagi menyokong Program...

17 Penumpang Bot Laju Terkandas Di Pulau Daat

TUJUH belas penumpang yang dalam perjalanan ke Labuan melalui jeti Menumbok, terkandas di Pulau Daat selama hampir sejam selepas bot laju dinaiki mereka hanyut setelah dibadai ombak besar pada tengah hari Rabu.

Detik mencemaskan itu menimbulkan panik dalam kalangan penumpang dengan sebahagian daripada mereka cuba terjun ke laut, tetapi ditenangkan oleh penumpang lain.

“Saya dan penumpang lain sedang menuju ke Labuan kira-kira 1 tengah hari menaiki bot laju dari jeti Menumbok apabila bot itu tiba-tiba mengalami kegagalan enjin semasa dalam perjalanan.

“Keadaan laut bergelora dan bot dibadai ombak besar lalu hanyut ke Pulau Daat,” kata seorang penumpang ketika dihubungi Bernama.

Seorang lagi penumpang berkata: “Saya rasa seperti terlibat dalam kemalangan jalan raya paling dahsyat yang boleh dibayangkan. Kami melambung-lambung, tergelincir, kemudian berhenti, selepas itu kami dapati kami terdampar di Pulau Daat.”

Kesemua penumpang yang basah kuyup itu tiada pilihan, selain menunggu di pulau itu bersama beg dan barangan kepunyaan mereka.


“Kami diselamatkan lalu dibawa ke Labuan menaiki dua buah bot laju selepas terkandas hampir sejam di pulau itu,” katanya.

Bot laju adalah pengangkutan laut tradisional namun paling pantas bagi penumpang dari Labuan ke tanah besar Sabah pergi dan balik, yang mengambil hanya kira-kira 25 minit.

Penjawat awam yang tinggal di Menumbok atau Kuala Penyu dan bekerja di Labuan akan berulang-alik menggunakan bot laju setiap hari. – BERNAMA

Kategori