Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banjir Buruk Sulawesi Selatan...

JAKARTA - Banjir buruk yang melanda Sulawesi Selatan sejak Selasa lepas, dilaporkan telah...

Anak ‘Istimewa’ Bantu Jaga...

SEORANG kanak-kanak Sindrom Down berusia empat tahun menyentuh hati netizen apabila ringan tulang...

Wajah Terkini Bayi Diselamatkan...

RIYADH - Sebelum ini terdapat cerita viral 'anjing selamatkan bayi' di media sosial dan...

Polis Siasat Kenyataan Sanusi

KUALA LUMPUR: Polis sudah memulakan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan terhadap...

2 Beradik Maut Kemalangan Di Taiping

TAIPING – Dua beradik lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM203.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Hentian Sebelah Taiping pagi ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 4.35 pagi itu, R. Shankar Rao,13, maut di lokasi, manakala abangnya R.Vijaydren Rao,16, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Taiping.

Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Razlam Ab Hamid berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu ayah tiri mangsa N.K Shankar Ganesh,41, bergesel dengan sebuah lori yang belum dikenal pasti.

“Semasa kejadian, kereta berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani, Kedah.

Akibat daripada pergeseran itu, pemandu kereta berhenti di tengah lebuh raya sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah bas ekspres yang datang dari arah sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Razlam berkata pemandu kereta Nissan mengalami cedera ringan, manakala isterinya, R.Komathi,36, yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera parah, sementara pemandu bas berusia 53 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua yang cedera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori