2 Juta Pelarian Iraq Diancam Musim Sejuk

BAGHDAD – Seramai 2.1 juta penduduk Iraq yang menjadi pelarian akibat konflik dan peperangan kini berdepan dengan cuaca sejuk apabila salji mula turun di beberapa wilayah di negara itu.

Kebanyakan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas beberapa siri serangan oleh kumpulan militan Islamic State (IS) di sebahagian besar Iraq pada hujung tahun lalu.

Menurut laporan Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kawasan yang paling teruk terjejas ialah di wilayah Kirkuk yang kini menjadi lokasi perlindungan pelarian.

“Kita memerlukan lebih ramai sukarelawan dan lebih tumpuan dengan segera bagi memperluaskan bantuan kepada pelarian di sini,” kata laporan itu.

Menurutnya, salji dijangka turun di sebahagian kawasan Dohuk di wilayah barat laut Kirkuk yang menjadi tempat perlindungan terbesar pelarian di Iraq.

“Kekurangan tempat perlindungan, tempat pemanasan dan barangan lain yang dijangka memberi impak negatif kepada kesihatan pelarian di sini,” ujarnya.

Sementara itu, sebuah organisasi bantuan yang dikenali sebagai Badan Menentang Kelaparan dalam satu kenyataan memberitahu, pelarian yang mencari perlindungan dalam keadaan tidak menentu sama ada di kawasan lapang, kem-kem pelarian dan di bangunan terbengkalai.

“Jika bantuan pada musim sejuk tidak ditingkatkan dengan kadar segera, kita bakal melihat kesan buruk terhadap mereka,” katanya.

Dianggarkan sebanyak AS$173 juta (RM594 juta) diperlukan bagi membiayai dana program kemanusiaan membantu pelarian akibat peperangan di Syria dan Iraq. – AFP

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...