2 Suspek Pukul Mati Warga Emas Ditahan

LUMUT – Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang lelaki warga emas sehingga meninggal dunia kerana dipercayai mencuri kelapa sawit di Lekir, Sitiawan, di sini semalam.

Noorbek Siron, 67, meninggal dunia kira-kira 8 malam, Sabtu lalu di Hospital Seri Manjung selepas mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan kira-kira 6 petang semalam, di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bagi membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan memukul sekiranya terdapat kejadian sebegini kerana kesannya boleh menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas, polis menerima maklumat terdapat kes tangkapan seorang lelaki warga emas disyaki mencuri kelapa sawit di Batu 10 Lekir, Sitiawan.

“Ketika diserahkan kepada polis Rabu lepas, warga emas itu dalam keadaan cedera dan dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan,” katanya.

Muhammad Hanif berkata kira-kira 11 pagi semalam, beliau dimaklumkan mengenai kematian mangsa, dipercayai hasil bedah siasat menunjukkan ia berpunca daripada kecederaan pada tisu lembut susulan trauma tumpul dan pendarahan otak. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...