Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Wanita Umum Mengandung Hanya...

"AKU mengandung. Hubungi aku." Ia memang mengejutkan apabila anda mendapat mesej berkenaan. Tambah...

KRU Tunggu Johan Raja...

PETALING JAYA - Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim terpaksa menunggu selama...

Hampir Seluruh Daerah Zon...

KUALA LUMPUR - Hampir seluruh daerah di Semenanjung kini berstatus zon merah dan...

Orang Asli, Pemburu Haram...

SIMPANG PULAI - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hari ini mendedahkan terdapat...

20 Sekolah Di Melaka Bermasalah – KPN

MELAKA – Sebanyak 20 sekolah rendah dan menengah di negeriĀ ini dikenal pasti sebagai sekolah bermasalah kerana pelajarnya terlibat dalam masalah disiplin termasuk buli selain penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abd Jalil Hassan berkata daripada jumlah tersebut, 17 sekolah terlibat dengan kes buli dalam kalangan pelajarnya manakala tiga sekolah pula terlibat dengan kes buli dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata data berkenaan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan satu pendekatan khusus akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkenaan.

ā€œKita telah kenal pasti 11 sekolah di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (lima sekolah) dan Jasin (empat sekolah) yang terlibat dengan masalah buli dan narkotik. Dua daripada sekolah berkenaan adalah sekolah rendah yang merekodkan masalah disiplin iaitu buli.

ā€œJusteru Polis Melaka telah merangka beberapa strategi bagi mengatasi masalah berkenaan agar tidak menjadi serius dan dapat dibendung di peringkat awal. Anak-anak muda ini merupakan pelapis dan harapan negara,ā€ katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran ‘Volunteer Smartphone Patrolā€™ (VSP)Ā dan Pencegahan Jenayah PDRM peringkat kontijen Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan meletakkan pegawai perhubungan sekolah daripada Jabatan atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di tiga sekolah menengah yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaanĀ dadah bagi memantau kegiatan berkenaan dalam kalangan pelajar sekolah terbabit.

ā€œSecara dasarĀ kita memang menempatkan setiap sekolah rendah dan menengah di negeri ini seorang pegawai perhubungan sekolah tetapi bagi tiga kes penyalahgunaan dadah,Ā kita akan tambah tiga lagi pegawai daripada bahagian narkotik.

ā€œJadi bagi tiga sekolah yang merekodkan masalah buli dan narkotik, mereka akan ada dua pegawai perhubungan sekolah bagi menangani dua masalah yang berbeza,ā€Ā katanya.


Katanya penempatan tiga pegawai berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membantu menangani isu berkenaan dan perbincangan mengenaiĀ masalah tersebut telah dilakukan PDRM Bukit Aman dan Kementerian Pendidikan pada Jun lepas.

Sementara itu, Abd Jalil berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 300,000 daripada jumlah hampir satu juta penduduk negeri Melaka akan mendaftar sebagai ahli VSP dalam usaha membantu pihak polis membanteras kegiatan jenayah di negeri itu menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat lebih 22,000 ahli VSP di negeri iniĀ dan usaha untuk mendaftarkan lebih ramai ahli dalam kalangan penduduk akan dilaksanakan secara proaktif.

ā€œVSP ini merupakan satu aplikasi yang ditambah baik daripada aplikasi Rakan Cop sebelum ini yang diperkenalkan PDRM kepada rakyat negara ini. Aplikasi ini lebih efektif, moden dan tidak dikenakan sebarang caj.

ā€œKita akan mulakan usaha ini di peringkat sekolah menengah dan intitusi pengajian tinggi di negeri ini kerana kebanyakan daripada pelajar sekolah dan institusi berkenaan mempunyai telefon pintar. Mereka boleh memuat turun aplikasi berkenaan secara percuma melalui telefon bimbit dan berdaftar sebagai ahli,ā€ katanya.

Katanya selain itu, ketua polis balai di seluruh negeri telah diminta untuk mempromosi dan memberi penerangan tentang kepentingan aplikasi berkenaan kepada wakil penduduk termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela agar ia dapat disebar luas kepada penduduk setempat masing-masing. – BERNAMA

Kategori