Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Korea Utara Ancam Mahu...

SEOUL - Korea Utara berkata ia sedang menilai dengan teliti rancangan untuk menyerang...

Rangka Strategi Jual Ikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang merangka strategi untuk mewujudkan ekosistem penjualan ikan segar...

RON95 Dipurata Sebelum 1...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95...

Trump-Obama Bertemu, Bincang Peralihan...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu...

26 Pelancong China Nyaris Maut Bot Laju Meletup

BANGKOK – Dua puluh enam pelancong dari China nyaris maut apabila sebuah bot laju yang mereka naiki terbakar dan meletup di perairan Krabi, destinasi pelancongan yang terkemuka di selatan Thailand, menyebabkan beberapa penumpang cedera.

Ketua Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Krabi, Paisarn Khunsri berkata bot laju itu, “King Poseidon 959” sedang dalam pelayaran ke Pulau Phi-Phi apabila insiden itu berlaku pada 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

“Laporan awal menyebut tiga daripada mangsa cedera parah, tiga cedera sederhana sementara beberapa orang yang tidak diketahui bilgan mereka cederra ringan,” kata beliau.

Penumpang yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk Hospital Phi-Phi, Hospital Krabi dan Hospital Phuket ungtuk rawatan segera.

Menurut Paisarn, pihak berkuasa tempatan akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca insiden. – BERNAMA

Kategori