BESUT – Sebanyak 3,600 kilogram siput gondang emas di sini yang menjadi perosak tanaman padi dikutip dan dimusnah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas tani, Pengurusan Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata ia dipungut di 40 kawasan padi.
Beliau berkata siput gondang turut menjadi haiwan perosak di Thailand, Filipina dan Taiwan.
“Langkah segera telah diambil bagi memusnahkan haiwan ini kerana sekiranya dibiarkan populasinya yang cepat membiak dalam persekitaran sawah yang berair boleh merugikan pesawah,” katanya kepada Bernama pada Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Masjid Al Faqeh, Balik Bukit, Jertih.
Program pemusnahan dianjurkan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA). – BERNAMA