Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pintu Tak Rapat Paksa...

SEOUL - Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Busan, Korea Selatan dengan membawa...

Kumpulan Bantah GST Mula...

KUALA LUMPUR - Tindakan peserta perhimpunan 'Bantah GST' berkumpul di sepanjang Jalan Tun...

761 Projek Ditangguh Kelulusan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 761 projek baharu di Selangor masih ditangguhkan kelulusan bekalan...

Amber Chia Pasrah Alami...

Hati wanita mana yang tak terusik mendengar perkhabaran bayi yang dikandung mengalami komplikasi hingga...

4 Peniaga Miliki Rokok Belum Lulus Kastam Didenda

KANGAR – Sepasang suami isteri antara empat pengusaha kedai runcit yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan memiliki barang larangan iaitu rokok pelbagai jenama yang belum diluluskan Kastam.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan Ooi Cheng San, 50, didenda RM6,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku memiliki dua paket rokok bernilai RM445.35 di premisnya di Kuala Perlis pada 1.10 tengah hari, 28 Nov 2013.

Ahmad Said, 65, pula didenda RM200 atau sebulan penjara kerana memiliki lima paket rokok yang belum diluluskan Kastam bernilai RM16.12 di kedainya di Jejawi pada 11.40 pagi, 25 Jun lepas.

Pasangan Lim Ah Kian, 40, dan isterinya Carin Kiang, 36, masing-masing didenda RM1,400 atau penjara enam bulan kerana memiliki sembilan paket rokok bernilai RM102.97 di kedai mereka di Jalan Panggas, Chuping pada 4 petang, 7 Mac lepas.


Kesemua tertuduh menjelaskan denda masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Perlis, Abdul Malek Awang Kechik@Ramli manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norherdawati Harun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori