Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Video: Suara Pemuda Ini...

BERSESUAIAN dengan suasana Ramadan, negara jiran kita Indonesia sedang heboh memperkatakan tentang seorang pemuda...

Penggambaran Sekuel Kabali Bakal...

KUALA LUMPUR - Demam filem 'Kabali' lakonan lagenda filem Tamil, Rajinikanth, melanda negara...

Skandal Azmin Beri Tamparan...

SKANDAL yang melanda Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang...

Mahathir Sahkan Tiada Rombakan...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa tidak akan berlaku rombakan Kabinet. Perdana...

40 Tahfiz Di Pahang Tak Berdaftar Dengan JAIP

KUANTAN – Sebanyak 40 daripada 89 mahaad tahfiz yang beroperasi di Pahang gagal berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berdasarkan sesi pemutihan yang dilakukan.

Pengarah JAIP, Datuk Mohammad Noor berkata, antara faktor kegagalan tersebut disebabkann masalah kelulusan tanah, justeru meminta mereka berusaha menyelesaikan segala permasalahan itu bagi memudahkan bangunan terbabit didaftarkan.

“Apabila gagal didaftarkan, mereka kehilangan banyak sumber bantuan kewangan termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Mahabbah di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, hari ini.

Program itu itu diadakan dengan kerjasama antara JAIP, HTAA dan restoran makanan segera, McDonald’s cawangan Kuantan.


Beliau berkata, pendaftaran itu penting bagi memudahkan JAIP memantau pengurusan maahd tahfiz terutama dari segi keselamatan dan kebajikan pelajar serta soal pembelajaran.

Selain itu, katanya pendaftaran berkenaan juga akan memudahkan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan pemeriksaan dari segi keselamatan untuk mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini seperti kebakaran. – BERNAMA

Kategori