Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Bangunan Tahfiz Terbakar Hanya...

KUALA LUMPUR - Pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung...

Thaipusam: Rapid KL Sedia...

KUALA LUMPUR - Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan khas untuk kemudahan orang ramai...

Bangsa Johor Jangan Terikut-Ikut...

BERKECAMUK keadaan politik negara. Siapa lawan siapa? Siapa kawan siapa? Siapa sokong siapa?Sini...

Pegawai Polis Nafi Cakap...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) menafikan pernah menengking anggotanya kerana...

41 Motosikal Disita Dalam Op Samseng Jalanan

LABUAN – Polis merampas 41 motosikal dalam Op Samseng Jalanan di sepanjang Jalan Tg Aru dan Lubok Temiang pada 27 Ogos lepas.

Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman berkata 72 saman dikeluarkan untuk pelbagai kesalahan kepada penunggang motosikal berusia antara 15 dan 22 tahun dalam operasi yang bermula sejak 5 petang hingga 8.30 malam.

Daripada jumlah saman itu 20 dikeluarkan atas kesalahan menunggang tanpa lesen atau perlindungan insurans, pengubahsuaian ekzos (14), pengubahsuaian nombor plat (11), tidak mempunyai cermin sisi (sembilan), tiada nombor plat (tujuh), lesen tamat tempoh (lima), tidak mempamerkan pelekat ‘P’ (tiga), aksesori melampau (dua) dan menukar warna cat (satu).

“Kami bertindak atas maklumat orang ramai dan orang kampung yang prihatin dengan kegiatan lumba haram di Kg Tg Aru,” katanya kepada Bernama hari ini dan menambah operasi itu melibatkan 13 anggota.

“Kami turut menyoal siasat kesemua penunggang yang terlibat dalam lumba haram atau ‘rempit’ dengan kehadiran ibu bapa masing-masing dan kami bebaskan mereka pada hari sama,” katanya. – BERNAMA

Kategori