Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penerbangan Pertama Pulang Jemaah...

MAKKAH - Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia adalah pada Sabtu...

HPP Cari Waris Mayat...

GEORGE TOWN - Hospital Pulau Pinang (HPP) mencari waris seorang lelaki yang mayatnya...

Video: Wanita Dirasuk Selepas...

SEBUAH video menunjukkan seorang wanita warga emas seakan-akan dirasuk selepas meletakkan kembali barang yang...

Perlu Kajian Segera Tangani...

ARAU - Pihak berkaitan perlu segera menjalankan kajian bagi mengatasi penyakit padi angin...

5 NGO Lapor Polis, Desak Mahathir Mohon Maaf

JOHOR BAHRU – Lima badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Mahathir Mohamad membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ini berkaitan dakwaan bekas Perdana Menteri itu kononnya 700,000 rakyat China akan dibawa masuk ke Johor dan diberi kerakyatan menerusi pelaksanaan projek Forest City di bandar raya ini.

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Johor Bahru, Mohammad Salezan Mohd. Salleh berkata dakwaan Mahathir itu memang tidak masuk akal dan hanya bertujuan hendak menakut-menakutkan rakyat negeri Johor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama wakil empat NGO lain membuat laporan polis mengenai tohmahan Mahathir itu di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, hari ini.

Empat lagi NGO ialah Persatuan Penjaja, Peniaga Dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru; Gabungan Peniaga dan Penjaja Melayu Malaysia; Kelab Pemotoran Generasi Baru dan Gerakan Belia 4B Kulai.


Sebelum ini, Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa 700,000 rakyat China akan dibawa masuk ke Johor dan diberi kerakyatan yang membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor dalam satu temu bual khas bertitah baginda tersinggung dan terluka dengan kenyataan bekas pemimpin negara itu yang disifatkan diputar belit oleh ahli politik berkenaan mengenai pelaburan China di Johor.

Baginda malahan bertitah murka bahawa Mahathir hanya mengutamakan agenda politik berbanding kepentingan rakyat terutama di Johor. – BERNAMA

Kategori