Saturday, December 14, 2024

Creating liberating content

Agong Kurnia Surat Cara...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Lelaki Pakai Plakad ‘PH...

PONTIAN - Seorang lelaki memakai plakad berwarna kuning di badannya mencetuskan kontroversi apabila...

“Fikir Dua Tiga Kali...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini 'diceriakan' dengan kenyataan saling menyindir...

Jadikan Dusun Durian Tempat...

SEPANG - Dusun durian yang ditambah baik berpotensi menjadi pusat tarikan yang menawarkan...

5 Pemancing Dikhuatiri Terkandas Di Sungai Lembing

KUANTAN – Lima lelaki dipercayai terkandas di sekitar Lubuk Keliu, Sungai Lembing di sini, selepas masuk ke kawasan itu untuk memancing sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata keluarga mangsa membuat laporan polis selepas gagal menghubungi mereka yang dijadualkan pulang ke rumah semalam.

“Mangsa difahamkan masuk ke lubuk itu pada petang Ahad dengan membawa bekalan makanan kerana bercadang untuk bermalam. Bagaimanapun sehingga petang semalam, mereka tidak pulang.

“Bimbang dengan keadaan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Lembing dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata keluarga mangsa juga memberitahu mereka tidak tahu lokasi sebenar yang dituju mangsa namun difahamkan mangsa perlu menyeberangi tiga batang sungai.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan mangsa tidak dapat keluar disebabkan air sungai naik mendadak memandangkan hujan tidak berhenti sejak Jumaat lalu.


“Operasi SAR semalam juga tidak dapat menyeberangi sungai utama kerana paras air yang tinggi dan arus deras… SAR kemudiannya ditangguhkan sebelum bersambung semula pagi tadi,” katanya.

Abdul Aziz berkata selain polis, pasukan SAR itu turut disertai penduduk sekitar Sungai Lembing. – BERNAMA

Kategori