Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Derhaka Ke Isteri Tak...

TANYALAH pada mana-mana wanita yang sudah bergelar isteri, pasti tiada seorang pun yang...

Bajet: DPMM Harap Kaji...

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berharap kerajaan mengkaji semula peningkatan...

Pos Malaysia Berhad Lancar...

SHAH ALAM - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan imej baharu...

Pikap Terbabas, 8 Anggota...

PADANG BESAR - Lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 Kulim, Kedah...

50 Pemimpin Taliban Maut Dalam Serangan Udara

WASHINGTON – Lebih 50 pemimpin Taliban dilaporkan maut dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Amerika Syarikat di Farah, wilayah Helmand, baru-baru ini.

Menurut komander tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jeneral John Nicholson, serangan dibuat hasil maklumat yang diperoleh menunjukkan mereka kembali ke kubu kuat di Helmand, yang menjadi pusat penanaman popi.

Pada 24 Mei, semua pemimpin terbabit dikesan berada di pusat kawalan Taliban di Musa Qala.

“Kami berjaya mengesan sekumpulan komander sedang mengadakan mesyuarat secara berasingan bagi membincangkan mengenai operasi mereka di Farah.

“Mereka menyangka Musa Qala adalah satu lokasi yang selamat untuk bermesyuarat, tetapi maklumat risikan kami berjaya mengesan kumpulan itu dan melancarkan serangan dengan berkesan,” kata Nicholson kepada wartawan di Pentagon menerusi sidang video.


Nicholson berkata, kumpulan terbabit juga dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.

Sementara itu, jurucakap tentera Amerika Syarikat di Afghanistan berkata, serangan itu menyebabkan lebih 50 mangsa maut, termasuk pemimpin kedua tertinggi Taliban di Helmand, Abdul Manan dan beberapa gabenor daerah serta pemimpin tempatan di Kandahar, Kunduz, Herat, Farah dan Uruzgan. – AFP/BH ONLINE

Kategori