KUALA PILAH – Kira-kira 500 tetamu hadir pada majlis berbuka puasa bersama Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah dan isteri, Tok Puan Faridah Hanom Jaafar yang berlangsung di Balai Undang Luak Johol di sini, malam ini.
Turut memeriahkan majlis anjuran balai itu ialah Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat umur.
Muhammed kemudiannya menunaikan solat maghrib berjemaah dan mendengar tazkirah ringkas, disusuli solat tarawih.
Terdahulu, Undang Luak Johol itu turut menyampaikan sumbangan kepada 126 anak yatim dan Orang Kelainan Upaya dari kawasan sekitar. – BERNAMA