Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Tebusan Sydney: Si...

BODOH dan tidak berperikemanusiaan.Itu luahan orang ramai terhadap pihak yang sibuk berselfie tanpa mengira tempat,...

Angkasawan Negara Jadi Penghantar...

KUALA LUMPUR - Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tidak...

Suri Rumah Ditahan Beri...

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah yang merupakan saksi penting bagi dua kes...

Ops Sayang: 7 Wanita...

JOHOR BAHARU - Jabatan Imigresen Johor menahan tujuh wanita rakyat Vietnam dan seorang...

56 Mangsa Sindiket Pengemis Diselamatkan

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menyelamatkan 56 mangsa eksploitasi sindiket pengemis dalam Op Ehsan yang bermula Julai lalu hingga semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata dalam operasi yang dijalankan di 24 lokasi tumpuan di seluruh Selangor itu pihaknya turut menahan 52 suspek dipercayai anggota sindiket pengemis dan pengemis.

“Kesemua mangsa yang diselamatkan telah ditempatkan di rumah perlindungan sementara menunggu perbicaraan berlangsung, mereka ini turut kami jadikan saksi dalam pendakwaan anggota sindiket yang ditahan.

“Sejak operasi bermula hingga hari ini sebanyak 14 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata anggota sindiket dan pengemis yang ditahan berusia antara lapan dan hingga 50-an.

Sementara itu, mengulas isu premis judi haram, Mazlan berkata pihaknya kini giat menjalankan Op Waran bagi mengesan saki-baki premis haram itu yang masih beroperasi.

Beliau berkata berikutan peningkatan aktiviti penguatkuasaan oleh polis, premis judi haram di negeri itu kini banyak ditutup, bagaimanapun terdapat beberapa yang masih dibuka sekali-sekala terhad kepada pelanggan tetap.


“Tindakan ini menyukarkan polis untuk mengesan premis ini, jadi melalui Op Waran, polis, selepas mendapatkan waran daripada mahkamah boleh terus menyerbu mana-mana premis yang disyaki dan merampas alatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan judi haram,” katanya.

Tambah Mazlan, sejak awal tahun ini sebanyak 181 waran geledah telah dilaksanakan dan 428 mesin judi dirampas manakala lapan penjaga premis turut ditahan.

Dalam pada itu, seramai 372 individu ditahan menerusi Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sejak awal tahun hingga Oktober lalu berbanding 262 individu bagi tempoh sama tahun lalu.

“Daripada 372 yang ditahan, 173 suspek terlibat dengan jenayah kekerasan, 142 ditahan atas kesalahan jenayah harta benda, 48 orang terlibat dengan kongsi gelap, enam judi dalam talian dan selebihnya melibatkan kegiatan pelacuran dan loteri haram,” katanya. – BERNAMA

Kategori