Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

Cinta Ditolak, Lelaki Toreh...

BERANG selepas cinta tidak diterima, seorang lelaki sanggup memaksa remaja perempuan melakukan hubungan...

Anwar Sudah Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Sambung Reman Pemandu Treler...

Taiping : Tempoh reman pemandu treler muatan besi yang terbabit dalam nahas mengorbankan...

Malaysia Sangkal Dakwaan Melobi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia hari ini menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan...

59 Ekor Penyu Agar Direkodkan Mati DI T’ganu Tahun Lepas

DUNGUN – Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan sebanyak 59 ekor penyu agar mati di negeri itu sepanjang tahun lepas yang mencatatkan peningkatan berbanding 47 ekor tahun sebelumnya, kata Pengarahnya Abdul Khalil Abdul Karim.

Beliau berkata kadar kematian itu amat membimbangkan memandangkan populasi penyu yang mendarat di negeri ini semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

“Berdasarkan rekod, kematian itu melibatkan 54 ekor penyu betina/juvenil dan lima ekor penyu jantan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Khalil berkata kebanyakan kematian penyu itu direkodkan antara Januari hingga April di Kerteh, Kemaman, Paka, Kuala Terengganu dan Dungun.

“Angka kematian paling tinggi ialah pada bulan Februari sebanyak 45 ekor diikuti April (tujuh), Mei dan Disember masing-masing (dua) dan Jun, Ogos serta November masing-masing (satu),” katanya.


Beliau berkata terdapat satu kes kematian penyu agar yang bertelur di Paka, Kerteh berdasarkan nombor tag “MY TEGG” direkodkan mati di Pulau Banyan Tree Resort di Kepulauan Riau, Indonesia pada tahun lepas.

Abdul Khalil berkata Pulau Redang masih lagi menjadi pendaratan utama penyu agar di negeri ini diikuti Pantai Geliga dan Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, beliau berkata pada tahun lepas tiada pendaratan penyu belimbing dilaporkan di Terengganu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori