Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

PAS Beri Kebebasan Kepada...

KOTA BHARU - PAS memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk...

Chelsea Hadapi Krisis Penyerang...

LONDON - Chelsea berhadapan situasi yang mana pemain veteran, Didier Drogba, adalah satu-satunya...

24 Kes Mati Lemas...

IPOH - Sebanyak 24 kematian akibat lemas dicatatkan di Perak bagi tempoh sembilan...

Peserta Berbaju Melayu Curi...

KUALA TERENGGANU - Seorang peserta Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang...

700,000 Benih Udang Galah Dilepaskan Ke Sg. Perak

TELUK INTAN – Jabatan Perikanan Perak melepaskan lebih 700,000 benih udang galah ke Sungai Perak sehingga April tahun ini, kata Penolong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Zabri Abd Wahid.

Beliau berkata jumlah itu adalah hasil daripada beberapa program pelepasan benih udang galah dilakukan Jabatan Perikanan dalam tempoh itu termasuk semasa program sempena Pemukiman Menteri Besar di beberapa daerah di negeri ini.

“Selain menangani masalah spesies udang galah yang semakin pupus, program ini juga bertujuan meningkatkan stok udang galah serta meningkatkan hasil tangkapan 476 nelayan darat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melepaskan 112,000 benih udang galah ke dalam Sungai Perak bersama Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Dr Bah Piyan Tan di Jeti Pendaratan Kampung Durian Sebatang anjuran Jabatan Perikanan di sini hari ini.

Program yang dihadiri 149 nelayan itu diadakan sempena Program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak selama lima hari bermula hari ini.


Menurut Zabri daripada 112,000 benih udang yang dilepaskan hari ini, pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 30 peratus hidup dan mampu mengeluarkan hasil sekitar 8,400 kilogram dengan anggaran nilai RM420,000,” katanya.

Sementara itu, Bah Piyan berkata kajian pihaknya mendapati kira-kira 30 hingga 40 peratus benih udang galah mampu mencapai proses matang, sementara selebihnya menjadi makanan kepada ikan pemangsa.

“Proses tumbesaran udang galah lazimnya memakan tempoh antara empat hingga lima bulan. Lima hingga lapan ekor udang galah (bersaiz gred A) boleh mencapai berat satu kilogram. – BERNAMA

Kategori