Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ah Beng Biadap Hina...

Nampaknya kes Ah Beng meraung lepas dijatuhi hukuman penjara setahun kerana menghina Nabi...

Kemenangan Halimey Jadi Suntikan...

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon...

Tak Boleh Kata Tiada...

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui surat nota tulisan tangan oleh bekas Perdana Menteri,...

Suspek Bunuh Kerat 8...

MELAKA - Polis hari ini telah menahan seorang lelaki warga Singapura disyaki terbabit...

74 Kes Kematian Dengggi Dilaporkan Sehingga 7 Mac

KUALA LUMPUR – Sebanyak 74 kematian akibat demam denggi direkodkan di seluruh negara sepanjang Januari hingga Sabtu lepas berbanding 36 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rekod itu menunjukkan peningkatan sebanyak 105.6 peratus.

Beliau berkata terdapat 12 kes kematian denggi dilaporkan sejak 1 Mac hingga Ahad lepas dengan tujuh kes di Selangor, Perak (empat) dan Pulau Pinang (satu).

Selain itu, pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati sejumlah 2,643 kes demam denggi dilaporkan dari 1 hingga 7 Mac 2015 berbanding 2,656 kes pada minggu sebelumnya, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Jumlah kumulatif kes demam denggi dari Januari hingga 7 Mac juga meningkat sebanyak 26,609 kes berbanding 18,435 kes bagi tempoh sama tahun lepas, yang menunjukkan peningkatan 44.3 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan juga mendapati Selangor mencatat jumlah terbesar lokaliti wabak yang masih aktif iaitu sebanyak 229 kawasan, diikuti Perak (37), Sabah (tiga) dan Pulau Pinang (satu) dan Pahang (satu).


Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya yang berada di kawasan berwabak untuk lebih peka tentang kebersihan persekitaran masing-masing serta melaksanakan aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

“Usaha bagi memerangi nyamuk Aedes perlu dibuat habis-habisan supaya keluarga dan masyarakat dapat dilindungi dari penyakit yang boleh membawa maut ini,” katanya.

Di samping itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurangkan kes demam denggi.

Antaranya ialah menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu ‘Ops Gempur Tapak Binaan’ di Selangor.

“Hasil operasi dari 10 Feb hingga 6 Mac, kementerian memeriksa 102 tapak binaan. Sebanyak 87 tapak atau 85 peratus daripadanya mempunyai pembiakan serangga pembawa penyakit dan kesemuanya akan didakwa di mahkamah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori