8 Lelaki Termasuk Seorang Menyamar Polis Ditahan

SANDAKAN – Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang yang menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun, dalam Operasi Cegah Jenayah dan Cantas yang dijalankan di sini sepanjang dua minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Mohd Hamin berkata sebanyak 27 kes jenayah pecah rumah, harta benda, curi motosikal dan samun diselesaikan dengan tertangkapnya lapan lelaki berkenaan.

Katanya mereka terdiri daripada enam rakyat tempatan dan dua warga asing berusia antara 18 hingga 38 tahun dengan tujuh daripada mereka didapati positif syabu.

Turut dirampas 98 unit barangan dan sebuah motosikal curi serta tiga kenderaan iaitu dua kereta dan sebuah motosikal digunakan untuk melakukan kegiatan jenayah, katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, keseluruhan kerugian bagi 27 kes yang dilaporkan itu adalah RM109,455, manakala nilai barang rampasan adalah RM176,040 termasuk kenderaan suspek.

Mohd Azhar berkata empat lelaki yang ditahan merupakan Geng Mawar yang aktif melakukan kes pecah rumah di kawasan Taman Mawar dekat sini.

Katanya seorang lagi lelaki yang ditahan terlibat kes samun dengan menyamar sebagai anggota polis dan menggunakan laman sosial Beetalk untuk memperdaya kemudian menyamun mangsa ketika berjumpa.

Beliau berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan daripada lelaki rakyat tempatan berusia 32 tahun itu.

Menurutnya tiga lagi lelaki yang ditahan terlibat dalam kes pecah rumah, pecah kereta dan curi motosikal. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

4,087 Kes Baharu, 29 Lagi Kematian

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24...

Bekas Jurutera JKR Kulaijaya Lepas, Bebas Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kulaijaya menangis teresak-esak selepas Mahkamah Rayuan...

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...