Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengendali Premis Judi Dalam...

SEPANG - Pengendali premis perjudian dalam talian di daerah ini dilihat sengaja memperlekehkan...

Asyraf Ingin Perkukuh UMNO...

KUALA LUMPUR – UMNO akan memberi keutamaan kepada aspek pengukuhan parti tersebut dahulu...

Bangsat! Lelaki Dirakam Onani...

KLANG - Kelu lidah dibuatnya apabila melihat rakaman video yang sungguh jijik lagi...

Kubur Besar Di Wang...

Hampir seminggu selepas kes penemuan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand didedahkan,  Polis Diraja...

9 Anggota Kongsi Gelap Dijatuhi Hukuman Penjara 16 Bulan

GEORGE TOWN – Sembilan individu daripada 27 individu yang sebelum ini didakwa mengganggotai kumpulan jenayah terancang, Kongsi Gelap Geng 24 Pulau Pinang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dijatuhi hukuman penjara 16 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, iaitu mengganggotai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang .

Tertuduh terbabit ialah Chan Yi Heng, Hanry Tan Cheng Yu, Lim Boon Hooi, Yeong Kah Man, Yeoh Choon Hin, Yeoh Choon Hong, Tang Soon Poh, Teoh Chin Yeow dan Teng Kok Loon.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit meminda pertuduhan tertuduh daripada Seksyen 130V Kanun Keseksaan di bawah Sosma kepada Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Seramai 18 lagi tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu dan mahkamah memerintahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Majistret.

Selepas pindaan itu, pertuduhan terhadap kesembilan tertuduh tidak lagi di bawah Sosma dan pertuduhan pindaan turut memperuntukkan hukuman yang lebih ringan iaitu hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Seksyen 130 V Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, mereka didakwa menjadi anggota ” Geng 24″ yang merupakan satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang antara 1 Jan 2015 hingga 6 Mei 2017.

Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap iaitu 6 Mei 2017. – BERNAMA

Kategori