Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sebuah RTC Akan Diwujudkan...

KOTA MARUDU – Sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan diwujudkan di Kota...

Coklat Terkenal Ferrero Rocher...

Ini sesuatu yang menjijikkan apabila produk coklat terkenal, Ferrero Rocher yang dikenali dengan...

Pemuda UMNO Bagan Serai...

BAGAN SERAI - Bagi menyerikan suasana Aidilfitri hujung minggu ini, Pemuda UMNO Bahagian...

Lim Guan Eng Tetap...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tetap mahukan debat...

Aduan Mengenai Anjing Liar Di Selangor Meningkat

SHAH ALAM – Biro Pengaduan Awam (BPA) akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mencari jalan mengatasi masalah anjing liar di Selangor.

Ketua Pengarahnya Datuk Harjeet Singh berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dan NGO kebajikan haiwan dalam masa terdekat bagi mencari cara terbaik mengatasi masalah itu.

Ini kerana menurut beliau, aduan mengenai masalah anjing liar di kawasan perumahan merupakan antara aduan tertinggi yang diterima selepas aduan mengenai lampu jalan, jalan berlubang, penebangan pokok dan longkang.

Katanya aduan orang ramai mengenai anjing liar meningkat dari 8,840 aduan pada 2014 kepada 9,508 aduan tahun ini.

Harjeet berkata cara yang dipraktikkan sekarang iaitu mencari dan menangkap haiwan itu tidak lagi sesuai atau mampu mengekang penambahan jumlah anjing liar dan kaedah baharu yang lebih efektif diperlukan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori