AirAsia Mansuh Fi KLIA2, Kekalkan Tambang Rendah

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd. akan menghentikan kutipan fi RM3 bagi kesemua pelepasan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mulai hari ini, dalam usaha untuk mengekalkan kadar tambang udara yang rendah.

“Kami sudah nyatakan sejak awal lagi bahawa KLIA2 tidak sesuai untuk operasi penerbangan tambang rendah. Kami akan dapatkan terus semua kos tambahan daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB),” kata ketua pegawai eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam kenyataan hariini.

Fi klia2 diperkenal pada Mei 2014 bagi menampung kos tambahan di lapangan terbang susulan penggunaan mandatori kemudahan yang dikenakan oleh MAHB.

Ini termasuk jambatan udara dan SITA (pengurusan lapangan terbang) sistem pemeriksaan masuk dan menaiki pesawat berbanding Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum ini. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...