Monday, November 18, 2024

Creating liberating content

DAP Perlu Diharamkan –...

KUALA NERUS - DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan...

Harga Siling Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin...

Pemergian Johami Kehilangan Besar...

SEREMBAN - Beberapa rakan artis menyifatkan pemergian anggota The Jayhawkers, kumpulan kugiran pop...

‘Perang’ Antara Mourinho, Woodward...

SEMASA Gerard Houllier dipecat oleh Liverpool pada 2004, dia menyalahkannya dengan bilangan legenda...

Airport Limo Beli 100 Kenderaan Untuk Teksi Mewah KLIA

PUTRAJAYA – Airport Limo (M) Sdn Bhd (ALM) memesan 100 unit kenderaan bagi menambah dan menukar teksi mewah yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi pelanggan lebih pilihan.

Pengarah Perancangan Korporat ALM, Datuk Zainal Abidin Datuk Abdul Majid dalam kenyataan hari ini berkata, kenderaan yang dibeli termasuk Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes Benz melibatkan peruntukan RM14 juta.

Pesanan dibuat melalui syarikat I.M Jihan Co. Ltd dan VT Holding Co. Ltd yang berpangkalan di Tokyo, Jepun, katanya.

“Kenderaan akan dibekalkan secara berperingkat dalam suku ketiga tahun ini,” katanya.


Buat masa ini, ALM mempunyai 33 unit teksi mewah Mercedes Benz E 240 yang beroperasi di KLIA.

Zainal Abidin berkata ALM juga menyediakan paparan skrin elektronik di kaunter tiket untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang kadar tambang dan syarikat tersebut sentiasa mengadakan taklimat dan latihan kepada jurupandu bagi meningkat tahap mesra pelancong. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori