Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Laluan Ganjil Dan Cuaca...

Laporan awal memperlihatkan penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura hilang...

Doping: Rusia Diharam Sertai...

LAUSANNE (Switzerland) - Rusia diharamkan daripada menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 oleh...

Musibah Banjir Yang Menyatukan,...

KUALA LUMPUR – Musibah banjir yang melanda utara Semenanjung khususnya negeri Pulau Pinang...

Ustaz, Warden Pusat Pemulihan...

Taiping : Seorang bergelar ustaz serta tiga warden pusat pemulihan dadah di Padang...

Akauntan Wanita Ditemui Lemas Ketika Selam Skuba

JOHOR BAHRU – Seorang akauntan wanita ditemui mati lemas hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Sibu, dekat Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP M.Kumar berkata mayat wanita berumur 31 tahun berkenaan ditemui pada kira-kira 8.20 pagi tadi oleh pasukan gerakan mencari dan menyelamat.

“Wanita itu merupakan warga Malaysia, namun, bekerja di Singapura.

“Difahamkan, dia tiba untuk bercuti di sebuah resort di pulau terbabit pada pukul 10 pagi semalam, bersama-sama seorang rakan wanita dan empat rakan lelaki,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Kumar berkata wanita tersebut bersama rakan-rakannya kemudian keluar melakukan aktiviti selam skuba itu pada 12 tengah hari dan dia disedari hilang oleh rakan-rakannya dua jam kemudian apabila tidak timbul ke permukaan laut.


Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat wanita itu bermula semalam dengan membabitkan beberapa agensi termasuk pasukan polis marin, Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pengendali resort.

Katanya, mangsa yang lengkap berpakaian skuba ditemui di kedalaman kira-kira 9.14m hingga 12.1m di tempat dia dilaporkan hilang.

Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori